Powered By Blogger

Follower

Khamis, 31 Mac 2011

Tabung charity save nippon 2011


Sepertimana sedia maklum, kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda beberapa bandar di Timur Laut Jepun pada 10 Mac 2011 lalu telah mengorbankan lebih 10,000 penduduk dan adalah kedua terburuk berlaku selepas kejadian yang sama pada 24 Disember 2004 di Aceh, Indonesia dalam abad ini.
t shirt save to nippon 2011
logo save to nippon 2011

Di atas keprihatinan terhadap penderitaan mangsa-mangsa bencana di Jepun, MBM dan Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Tsunami MBM bagi membantu Negara Jepun yang disempurnakan oleh YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia ,ini juga disokong oleh rakan strategik MBM dalam membantu Tabung Kemanusiaan Tsunami MBM iaitu Customer Relationship Management & Contact Centre Association Malaysia.



Selain sumbangan wang tunai secara terus melalui tabung-tabung tersebut, sumbangan juga boleh disalurkan ke nombor akaun MAYBANK 014020406146. Penyerahan cek atas nama ‘Majlis Belia Malaysia’ juga diterima ke alamat Majlis Belia Malaysia, No. 1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur  Tel: (03) 9173 2761/63 Faks: (03) 9173 2759. Sebarang pertanyaan, sila hubungan Sdr. Abdul Rizam Mohd Akhir, Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda MBM di talian (013) 734 8888.

Template by:

Free Blog Templates