Powered By Blogger

Follower

Ahad, 13 Mac 2011

Manipulasi angkara kita,Generasiku menjadi mangsa T^T


Dunia skali lagi digemparkan dengan peristiwa bencana alam yang paling ditakuti pada abad ini iaitu bencana tsunami yang melanda perairan timur laut negara Jepun dengan gempa bumi bermagnitud 8.9 skala Richter, hanya 0.1 skala Richter kurang daripada gempa yang melanda Acheh pada tahun 2004. Kejadian tsunami kali ini dikatakan adalah yang paling teruk dalam sejarah Jepun bagi tempoh 140 tahun dengan sebuah kapal besar yang hanyut merempuh ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma dalam wilayah Miyagi. Ombak setinggi 10 meter telah mengakibatkan kemusnahan besar daerah tersebut dan sekurang-kurangnya satu kebakaran bangunan telah berlaku.
Pihak berkuasa Rusia pula mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan kira-kira 11,000 orang penduduk dari kepulauan Pasifik bagi mengelak sebarang kejadian mangsa tsunami berlaku. Manakala di Indonesia pula amaran tsunami dikeluarkan kepada penduduk timur negara itu termasuk Papua, Maluku dan Utara Sulawesi berikutan ada kemungkinan tsunami akan melanda kawasan tersebut susulan daripada yang berlaku di Jepun.


semua ini terjadi gara gara manusia yang tidak tahu menilai erti syukur berada di muka bumi ini.masing-masing sibuk mengejar kepentingan sendiri.OMG selamatkanlah dunia & akhirat,jikalw ini tanda-tanda hendak kiamat,aku redho,dan bertawakal kepadamu yaALLAH..T^T

Template by:

Free Blog Templates