Powered By Blogger

Follower

Jumaat, 25 Mac 2011

Earth Hour [Gelap 60 Minit]

Tepat jam 830 malam nih, seluruh dunia akan gelap. Semua lampu akan dipadamkan selama sejam. Dikatakan ini adalah suara dunia or suara sejagat bagi menyelamatkan bumi daripada ancaman perubahan cuaca. Malaysia turut menyertai kempen nih. Ini adalah inisiatif Tabung Alam [WWF] utk menjemput individu, kerajaan, anggota komuniti, & sektor perniagaan utk memadamkan lampu bagi menyatakan sokongan terhadap misi menyelamatkan bumi daripada pemanasan global. Tahun ini, kempen Earth Hour mensasarkan laungannya disahut satu bilion manusia di lebih 1,000 kota di seluruh dunia. Malah, sehingga kini, sebanyak 2,848 bandar raya, bandar dan majlis perbandaran di 84 negara di seluruh dunia sudah memberi komitmen menyokong inisiatif ini. Apa yang menggembirakan, data yang dikumpul meningkat hampir setiap minit.


Usah berfikir lagi, padamlah suis lampu anda pada jam 8.30 malam ini!                                               
                                                                                                                                                by.acab

Template by:

Free Blog Templates