Follower

Selasa, 12 April 2011

I cant live witout dota!



DOTA. Budak Lelaki mana yang tak tahu Dota pada zaman sekarang nih? Memang Nerdla. Zaman sekarang semua budak main game nih. Even kat cyber cafe kat jb ni pun, budak sekolah darjah 6 yang berhingus dah pandai main (bebudak ni suka ponteng sekolah. Kat Muar Berlambak. Cyber cafe dah macam kedai makan). Kecualilah korang ni bukan kaki gamerz. Macam aku pula, Addicted! Addicted dari d kolej sampai ak kerja..Ikuti kisah selanjutnya serta kaitan game ni dengan Setan.



Cerita pasal Dota, asal dari game ni Warcraft 3: Reign Of Chaos/ Warcraft 3: Frozen Throne. Game ni mula-mula bosan nak mampos. Kureng sambutan. Macam game command and Conquer juga. Tapi dalam dunia fantasi Magik dan Auta Mat Saleh. Dulu memang orang pandang game ni setaraf dengan kedai buat keranda kat Muar. Hanya segelintir kaki gamer yang lanyak main game ni.

Mungkin, Developer Warcraft, Blizard dah terhantuk kepala kat monitor kot satu hari, lalu dapat Idea untuk buat game Dota (defense Of The Ancient). Maka, setelah 5 purnama akhirnya lahirlah Dota yang di main oleh seantero dunia. Tak berkonsepkan strategi. Korang tak payahlah bina bangunan, rekrut askar, cari duit ngan hape semua mak nenek yang perlu korang bina, Dota cuma bagi anda pilihan, pilih hero yang korang suka. Samada dari pihak sentimental Sentinel, mahupun si pihak Jahat Gojeng The Scourges2 pihak ni ada kelebihan dan kekurangan. Tapi aku suka jadi jahat. Pasal aku 'baik'. Haha..Biasanya The Scourges Pilihan Gue..


Biasa, kalau korang noobie ( baru main), korang terpaksa melalui Orientasi. Main dululah dengan AI (artificial Intelligence) baru korang boleh join Garena. First time, aku asyik kalah. Setelah beberapa bulan, barulah boleh challenge Medium Enemy dan sampai sekarang, Hard/Brutal/Ganaz/Sadis Enemy aku lanyak macam pijak tikus mondok je.



Template by:

Free Blog Templates