Powered By Blogger

Follower

Sabtu, 22 Januari 2011

don't break me myheart


Sesuatu dah buat aku rasa down. Bukan pasal study lorh. Ada la, mana boleh bagitau… Dah kata misteri, kena rahsiakan la. Hehe.
Sesuatu tu bukan satu, tapi banyak jugak la. Dan sesuatu tu buat aku berfikir, egokah aku? Sehingga nafas yang aku hela pada saat aku tulis post ni, ada 2-3 orang pernah cakap aku ego. Huh? Dan orang-orang tu ialah orang yang pernah dan sedang rapat dengan aku.
Bila fikir-fikir, ego tu apa ye? Keengganan untuk mengakui / menunjukkan / membuktikan sesuatu tentang diri? Ye kot.
Bila fikir-fikir lagi, kalau betul la aku ego, tang mana yang aku ego ye? Ayoyo… Rumit.
Jadi, aku buat kesimpulan sendiri:
1. Aku dipandang ego sebab aku kadang-kadang payah nak pamerkan kasih sayang aku pada orang sekeliling. Kiranya, orang yang rasa aku ego tu ialah orang yang jadi mangsa kekurangan kasih sayang aku la kan? Kah3. Macam tu ke? Aku minta maaf sangat-sangat kepada sesiapa yang terlibat. Tapi kan, baru semalam rasanya aku ucapkan “I Love You” kat MAK. Kan MAK, ? Dengan ABAH pun pernah. Yeah!
2. Aku dipandang ego sebab aku nak sembunyikan kelemahan. Haa… Jangan kata aku je, korang pun mesti buat kan? Ops! Jadi, sikap ni kena buang jauh2 sebab kita mesti mengakui kelemahan diri dan berusaha untuk membaiki diri. Barulah kita boleh berjaya dunia dan akhirat. (Optimis gila ayat tapi betullah, kan?)
Itu je yang aku boleh jana-minda setakat ni. Tak mahu fikir banyak sangat. Terbazir pula sel-sel otak aku nak fikir semua ni sebab Isnin ni dah nak examexam last tau. Buku pun dah bosan tengok aku. Eh, betul ke? Hahahahaha…

Template by:

Free Blog Templates