Follower
Jumaat, 20 Mei 2011
Lori Transformers
Posted by ASH.SE7EN.COM at 12:18 PGIsnin, 16 Mei 2011
SELAMAT HARI GURU 2011
Posted by ASH.SE7EN.COM at 8:25 PTGGuru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Tema hari guru tahun ini. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari guru buat guru-guru di Malaysia. Tidak lupa kepada guru @ ustazah sejak aku dari tadika hingga sekolah menengah. Memang kalian banyak membantu aku untuk sampai ke tahap ini. Terima kasih cikgu.
Mungkin ada cikgu aku yang terbaca blog ni ke, aku perkenalkan diri aku salah seorang pelajar di tadika ar-rahman seterusnya belajar di Sekolah Kebangsaan Kota, dan meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim.dan JMTI Selama pengalaman aku belajar, banyak guru yang hebat-hebat aku jumpa. Very helpful. Mereka tidak sombong dan murah dengan ilmu dan mudah di dampingi. Keikhlasan mereka mengajar memang jelas apabila sanggup korbankan masa mereka demi murid mereka dan macam mana mereka berusaha supaya pelajarnya memahami apa yang diajar.
Buat bakal-bakal guru, contohilah golongan ini. Jadilah seorang guru yang menjadi contoh terbaik buat pelajar anda.